Pembuangan Bahan Domestik
- Bahan-bahan buangan domestik yang terdiri daripada sampah sarap dan bahan kumbahan dibuang sewenang-wenangnya ke dalam sungai. Bahan kumbahan disalirkan ke dalam parit dan sungai sebagai cara yang termudah untuk menanganinya. Sampah organik mereput dan diuraikan oleh bakteria dengan oksigen yang terlarut di dalam air. Hal yang demikian akan menyebabkan kekurangan oksigen di dalam air yang akan menggugat kehidupan akuatik.
- Punca utama pencemaran air sungai termasuklah pembuangan sisa toksik dari kilang. Misalnya, kilang getah dan kilang kelapa sawit merupakan punca kepada pencemaran air sungai yang berlaku di Malaysia. Sisa toksik dibuang dan dialirkan ke dalam longkang, parit, terusan dan seterusnya ke dalam sungai.
Akitiviti Pembinaan
- Aktiviti pembinaan seperti kawasan perumahan yang berhampiran juga menyumbang kepada pencemaran ini. Tanah lumpur akan memasuki sungai terutamanya ketika hujan lebat. Hal yang demikian akan menyebabkan sungai tercemar dengan lumpur dan menjadi cetek. Akhirnya akan berlakulah banjir.
No comments:
Post a Comment